Our Development

Daftar Sekarang!
Hubungi Kami!
Daftar Sekarang!
Hubungi Kami!

Glomac rancang pelancaran baharu bernilai RM324 juta

KUALA LUMPUR: Glomac Bhd merancang pelancaran baharu bernilai RM324 juta bagi tahun kewangan 2026, dengan tumpuan kepada pembangunan hartanah kediaman bertanah di bandar-bandar utama yang dibangunkan syarikat itu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, pemaju hartanah itu berkata pelancaran berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat dan strategik bagi memastikan ia seiring dengan keadaan pasaran serta dapat mengoptimumkan kadar pengambilan.

Glomac menegaskan komitmennya untuk menawarkan produk yang menepati permintaan semasa, iaitu rumah praktikal dan berharga berpatutan di lokasi strategik serta mempunyai rangkaian penghubung yang baik.

Disokong oleh kedudukan kewangan yang kukuh dan kepelbagaian portfolio projek dengan potensi nilai pembangunan kasar (GDV) berjumlah RM6 bilion, syarikat itu yakin berada dalam kedudukan baik untuk mengekalkan momentum jualan dan memacu pertumbuhan yang mampan.

Sementara itu, pada mesyuarat agung tahunan ke-41 syarikat berkenaan, para pemegang saham meluluskan dividen akhir satu peringkat sebanyak 1.25 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2025.

Dengan tambahan dividen interim sebanyak 1.0 sen yang telah dibayar pada 30 Disember 2024, jumlah keseluruhan pembayaran dividen bagi tahun kewangan itu ialah 2.25 sen sesaham, bersamaan hasil 6.6 peratus berdasarkan harga penutupan RM0.34 sesaham setakat 30 April 2025.

Source: BERNAMA

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Polisi Privasi

Register Your Interest