{"id":16490,"date":"2024-10-23T17:26:00","date_gmt":"2024-10-23T09:26:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.glomac.com.my\/?p=16490"},"modified":"2024-10-28T17:27:33","modified_gmt":"2024-10-28T09:27:33","slug":"cabaran-carum-kwsp-pekerja-asing-suka-gaji-harian","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/cabaran-carum-kwsp-pekerja-asing-suka-gaji-harian\/","title":{"rendered":"\u2018Cabaran carum KWSP, pekerja asing suka gaji harian\u2019"},"content":{"rendered":"<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" width=\"1024\" height=\"683\" src=\"https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1-1024x683.jpeg\" alt=\"\" class=\"wp-image-16491\" srcset=\"https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1-1024x683.jpeg 1024w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1-300x200.jpeg 300w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1-768x512.jpeg 768w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1-1536x1024.jpeg 1536w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1-18x12.jpeg 18w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/10\/WhatsApp-Image-2024-10-23-at-3.36.52-PM-2048x1365-1.jpeg 2048w\" sizes=\"(max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>FD Iskandar pada sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-40 Glomac Berhad, hari ini. GAMBAR: FARIZ RUSADIO \/ KOSMO!<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p><strong>KUALA LUMPUR<\/strong> \u2013 Kerajaan diminta untuk mengkaji semula cadangan yang mewajibkan pekerja asing membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).<\/p>\n\n\n\n<p>Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad (Glomac), Datuk Seri FD Iskandar berkata, ia berikutan industri pembinaan yang bergantung kepada pekerja asing bakal menghadapi cabaran besar susulan pelaksanaan dasar itu.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, ramai pekerja asing didapati lebih gemar memilih pekerjaan bergaji harian, menjadikan sumbangan KWSP sebagai beban tambahan kepada majikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya fikir industri, bukan sahaja pembinaan, tetapi juga Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) telah menyatakan ketidaksetujuan mereka dan berharap agar kerajaan akan mengkaji semula perkara ini,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Beliau berkata demikian katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Glomac ke-40 di sini, hari ini.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, FD Iskandar berkata, kerajaan juga diminta memberikan tempoh masa yang mencukupi kepada syarikat untuk membuat persediaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cCadangan kerajaan untuk memperluaskan sumbangan KWSP kepada pekerja asing telah menimbulkan kebimbangan di pelbagai sektor, dan kami menyeru supaya tempoh penangguhan diberikan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika kerajaan mencadangkan tarikh mula pada 2026, ia akan membolehkan industri membuat persediaan,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>FD Iskandar berkata, dalam jangka panjang, kerajaan juga perlu menggalakkan penggunaan sistem binaan berindustri (IBS) sebagai kaedah untuk mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cBagi memudahkan penerimaan IBS, insentif perlu ditawarkan, sama ada dalam bentuk kewangan atau kelebihan lain seperti peningkatan nisbah plot dan proses kelulusan yang lebih pantas.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cSaya faham keperluan untuk pekerja asing menyumbang kepada KWSP kerana ia akan meringankan beban kewangan kerajaan, tetapi kami perlukan lebih masa atau amaran awal,\u201d jelasnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cadangan mewajibkan semua pekerja bukan warganegara untuk mencarum KWSP menerusi Belanjawan 2025. \u2013 KOSMO! ONLINE<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Source<\/strong>: <a href=\"https:\/\/www.kosmo.com.my\/2024\/10\/23\/cabaran-carum-kwsp-pekerja-asing-suka-gaji-harian\/\" target=\"_blank\" rel=\"noreferrer noopener\">KOSMO<\/a><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>KUALA LUMPUR \u2013 Kerajaan diminta untuk mengkaji semula cadangan yang mewajibkan pekerja asing membuat caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad (Glomac), Datuk Seri FD Iskandar berkata, ia berikutan industri pembinaan yang bergantung kepada pekerja asing bakal menghadapi cabaran besar susulan pelaksanaan dasar itu. Menurut beliau, ramai [&hellip;]<\/p>","protected":false},"author":7,"featured_media":16491,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":[],"categories":[100],"tags":[],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16490"}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16490"}],"version-history":[{"count":1,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16490\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16492,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16490\/revisions\/16492"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16491"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16490"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16490"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16490"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}