{"id":16652,"date":"2024-11-29T00:40:00","date_gmt":"2024-11-28T16:40:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.glomac.com.my\/?p=16652"},"modified":"2024-12-06T14:31:53","modified_gmt":"2024-12-06T06:31:53","slug":"glomac-lancar-serai-sbcr-dengan-gdv-rm353j","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/glomac-lancar-serai-sbcr-dengan-gdv-rm353j\/","title":{"rendered":"Glomac lancar Serai @SBCR dengan GDV RM353j"},"content":{"rendered":"<figure class=\"wp-block-image size-large\"><img loading=\"lazy\" decoding=\"async\" width=\"1024\" height=\"651\" src=\"https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/glomac-1-1024x651.png\" alt=\"\" class=\"wp-image-16653\" srcset=\"https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/glomac-1-1024x651.png 1024w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/glomac-1-300x191.png 300w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/glomac-1-768x488.png 768w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/glomac-1-18x12.png 18w, https:\/\/www.glomac.com.my\/wp-content\/uploads\/2024\/12\/glomac-1.png 1083w\" sizes=\"auto, (max-width: 1024px) 100vw, 1024px\" \/><figcaption>ZULKIFLY Garib (tengah) pada taklimat projek pembangunan Serai @ Sungai Buloh Country Resort di Saujana Utama Sales Gallery di sini, semalam.-UTUSAN\/SYAKIR RADIN<\/figcaption><\/figure>\n\n\n\n<p>SUNGAI BULOH: Glomac Berhad (Glomac) memperkenalkan pembangunan baharu, Serai @SBCR di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM353 juta.<\/p>\n\n\n\n<p>Ketua Pegawai Operasi Glomac, Zulkifly Garib berkata, projek pembangunan Serai @SBCR itu dimajukan oleh Elmina Equestrian Centre (M) Sdn. Bhd. menawarkan pelbagai kemudahan dan gaya hidup moden meliputi sejumlah 374 unit rumah teres dua tingkat, dua plot komersial dan 374 pangsapuri mampu milik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPembangunan ini mempunyai empat fasa iaitu Serai 1 (Serai One) sebanyak 112 unit, Serai 2 (96 unit), Serai 3 (90 unit) dan Serai 4 (76 unit) dengan pelbagai saiz keluasan,\u201d katanya semasa Taklimat Media Serai @SBCR di sini, semalam.<\/p>\n\n\n\n<p>Selain itu, ujarnya, memfokuskan fasa Serai One, pembangunan itu telah mendapat 85 tempahan dengan GDV bernilai RM78.6 juta dan dijangka siap pertengahan 2027.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPembangunan ini menawarkan rumah teres dua tingkat (20\u2019 x 70\u2019 dan 22\u2019 x 70\u2019) dengan rekaan moden dan saiz yang sesuai untuk pelbagai keperluan keluarga.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cHarga jualan rumah ini bermula dari RM654,220 hingga RM911,430, menjadikannya pilihan mampu milik untuk pembeli yang mencari rumah di kawasan perbandaran matang,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Dalam pada itu, mengulas mengenai prospek pasaran hartanah, beliau menyatakan bahawa pasaran dijangka bertambah baik, namun persoalannya sejauh mana peningkatan tersebut dapat dicapai.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cPeningkatan ini bergantung kepada beberapa faktor, dengan ekonomi dan kemampuan pembeli menjadi faktor utama.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cDalam Belanjawan 2025, yang bermula tahun depan, gaji minimum akan dinaikkan dan pastinya terdapat kenaikan kos buruh bagi kontraktor serta secara tidak langsung akan meningkatkan kos pembinaan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cWalaupun tanpa mengambil kira kos bahan mentah, jika harga bahan stabil, kos buruh dijangka tetap meningkat disebabkan oleh kenaikan gaji,\u201d ujarnya.<\/p>\n\n\n\n<p>Menurut beliau, perbincangan dengan kontraktor atau pembina utama, mereka juga berpendapat bahawa kos buruh akan meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cJika pelaksanaan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diteruskan, ini adalah perkara baik untuk pengguna kerana dana KWSP akan bertambah, tetapi ia mempunyai kebaikan dan keburukan.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cKekurangannya ialah kontraktor atau pengilang perlu membayar lebih, yang bermaksud harga akan meningkat.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cApabila harga meningkat, kos kami juga meningkat kerana kami tidak membina sendiri tetapi menyerahkan kontrak kepada pihak ketiga,\u201d katanya.<\/p>\n\n\n\n<p>Zulkifly berkata, pihaknya tidak pasti bagaimana untuk menurunkan harga rumah, namun secara amnya percaya pasaran hartanah akan bertambah baik.<\/p>\n\n\n\n<p>\u201cTetapi sekali lagi, itu tidak mengambil kira keadaan ekonomi umum, terutamanya berkaitan dengan kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat (AS). Jika itu diketepikan, pasaran sepatutnya lebih baik,\u201d katanya.-UTUSAN<\/p>\n\n\n\n<p><strong>Source<\/strong>: <em><a href=\"https:\/\/www.utusan.com.my\/ekonomi\/2024\/11\/glomac-lancar-serai-sbcr-dengan-gdv-rm353j\/\">Utusan Malaysia<\/a><\/em><\/p>","protected":false},"excerpt":{"rendered":"<p>UTUSAN MALAYSIA: Glomac Berhad (Glomac) memperkenalkan pembangunan baharu, Serai @SBCR di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh dengan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) RM353 juta.<\/p>","protected":false},"author":7,"featured_media":16653,"comment_status":"closed","ping_status":"closed","sticky":false,"template":"","format":"standard","meta":{"footnotes":""},"categories":[100],"tags":[],"class_list":["post-16652","post","type-post","status-publish","format-standard","has-post-thumbnail","hentry","category-news-content","entry","has-media"],"_links":{"self":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16652","targetHints":{"allow":["GET"]}}],"collection":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts"}],"about":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/types\/post"}],"author":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/users\/7"}],"replies":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/comments?post=16652"}],"version-history":[{"count":2,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16652\/revisions"}],"predecessor-version":[{"id":16697,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/posts\/16652\/revisions\/16697"}],"wp:featuredmedia":[{"embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media\/16653"}],"wp:attachment":[{"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/media?parent=16652"}],"wp:term":[{"taxonomy":"category","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/categories?post=16652"},{"taxonomy":"post_tag","embeddable":true,"href":"https:\/\/www.glomac.com.my\/ms\/wp-json\/wp\/v2\/tags?post=16652"}],"curies":[{"name":"wp","href":"https:\/\/api.w.org\/{rel}","templated":true}]}}