Daftar Sekarang!
Hubungi Kami!

Track Record & Accolades

Profil
Korporat
Perniagaan
Kami
Tadbir Urus
Korporat
Trek Rekod
& Penghargaan

Trek Rekod

Sejak 1988, visi kami telah memacu kami memperkayakan kehidupan pelanggan dengan menyediakan produk berkualiti dan memberi servis penjualan yang cemerlang. Sehingga kini kami meneruskan usaha menjadikan visi kepada realiti dan memajukan syarikat ke tahap seterusnya, bersama anda!

Perumahan

Prima 16, Section 16
Petaling Jaya, Selangor
Taman Mahkota Laksamana
Melaka, Melaka
Aman Suria Damansara
Petaling Jaya, Selangor
Suria Residen
Cheras, Selangor
Seri Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor
Reflection Residences
Mutiara Damansara, Selangor
Suria Stonor
Persiaran Stonor off Jalan Stonor, Kuala Lumpur

Komersial

Glomac Cyberjaya 2
Cyberjaya, Selangor
Glo Damansara Mall
Jalan Damansara, Kuala Lumpur
Taman Jasa Utama
Selayang, Selangor
Glomac Business Centre
Petaling Jaya, Selangor
Pusat Perniagaan Worldwide
Shah Alam, Selangor
Kelana Business Centre
Petaling Jaya, Selangor
Bandar Sri Pemaisuri
Petaling Jaya, Selangor
Kelana Centre Point
Petaling Jaya, Selangor
Dataran Prima
Petaling Jaya, Selangor
OUG Square
Petaling Jaya, Selangor
Plaza KJ(PHASE 1)
Petaling Jaya, Selangor
Dataran Glomac
Petaling Jaya, Selangor
Plaza KJ(PHASE 3)
Petaling Jaya, Selangor
Plaza Glomac
Petaling Jaya, Selangor
Galeria Hartamas
Sri Hartamas, Kuala Lumpur
Glomac Tower (kini dikenali Prestige Tower)
KLCC, Kuala Lumpur
Seri Bangi
Bandar Baru Bangi, Selangor

Pembangunan Pelbagai

Plaza Kelana Jaya
Petaling Jaya, Selangor
Lakeside Residences
Puchong, Selangor
Glomac Damansara
Damansara, Kuala Lumpur

Perbandaran

Saujana Aman
Sungai Buloh, Kuala Lumpur
Saujana Jaya
Kulai, Johor
Saujana Perdana
Sungai Buloh, Selangor
Saujana Rawang
Rawang, Selangor
Saujana KLIA
Sepang, Selangor
Saujana Utama
Sungai Buloh, Selangor
Sri Saujana
Kota Tinggi, Johor

Trek Rekod

ANUGERAH PERNIAGAAN ASIA TENGGARA APAC 2019 - Syarikat Pembangunan Hartanah Terbaik 2019 - Malaysia

Anugerah Perniagaan Asia Tenggara 2019 anjuran APAC Insider telah memilih Glomac sebagai Syarikat Pembangunan Hartanah Terbaik 2019 - Malaysia. Kami berbesar hati menerima anugerah ini sebagai simbol pengiktirafan terus dikenali di rantau Asia Tenggara sebagai pemaju hartanah terkemuka di Malaysia.

KUMPULAN PEMERHATI PEMEGANG SAHAM MINORITI (MSWG) - Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN 2018 - Pendedahan CG Paling Meningkat
 

Glomac Berhad dengan rasa rendah diri gembira menerima anugerah ini. Pengerusi Eksekutif Kumpulan kami, YBhg Tan Sri Dato‘ FD Mansor telah menerima anugerah daripada Pengerusi MSWG Malaysia/ Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, YBhg Tan Sri Dato' Seri Dr. Sulaiman Mahbob dan Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengarah Eksekutif, Encik Devanesen Evanson @ The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada 31 Julai 2019.

Anugerah Pemaju Hartanah Berprestij 2019 - Perbandaran Mampu Milik Terbaik
 

Saujana Perdana, projek perbandaran Glomac di Sungai Buloh telah dianugerahkan Perbandaran Mampu Milik Terbaik semasa majlis Anugerah Pemaju Hartanah Berprestij 2019. Ketua Pegawai Operasi (COO) kami, Encik Brandon Ong telah menerima anugerah daripada YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan di majlis yang telah berlangsung di Hotel Shangri-la Hotel, Kuala Lumpur pada 3 Mei 2019.

Anugerah Pemaju Hartanah Berprestij 2019 - Kepimpinan Industri Terbaik

Semasa majlis tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, YBhg Datuk Seri FD Iskandar telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Kepimpinan Industri Terbaik sebagai penghargaan atas kepimpinan beliau yang lama dalam industri hartanah. Anugerah itu telah disampaikan oleh YBM Senator Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, Timbalan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan pada 3 Mei di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Anugerah Hartanah Asean Des Prix Infinitus 2018/2019 – Anugerah Pemaju Hartanah Inovatif

Glomac memenangi Anugerah Hartanah Asean di bawah kategori Anugerah Pemaju Inovatif 2018/2019, yang telah diterima oleh Encik Brandon Ong, Ketua Pegawai Operasi (COO) Glomac Berhad. Acara ini telah diadakan pada 15 Mac 2019, di One World Hotel Petaling Jaya, Selangor.

Anugerah Hartanah Asean Des Prix Infinitus 2018/2019 – Anugerah Kepimpinan Cemerlang

Tahniah kepada Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif kami, YBhg Datuk Seri FD Iskandar kerana telah menerima Anugerah Kepimpinan Cemerlang yang berprestij semasa majlis tersebut diatas. Anugerah telah disampaikan oleh YB Zuraida Bt Kamaruddin - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan di majlis yang dianjurkan pada 15 Mac 2019 dan berlangsung di One World Hotel, Petaling Jaya, Selangor.

Anugerah Pemaju Berprestij 2018 Property Insight (PIPDA) - Pembangunan Gaya Hidup Terbaik
Glomac Berhad telah Anugerah Pemaju Berprestij dari Property Insight bagi pembangunan projek Lakeside Residences yang terletak di Puchong. Anugerah tersebut diterima oleh Encik Brandon Ong - Ketua Pegawai Operasi (COO) Glomac Berhad, dan telah disampaikan oleh YB Zuraida bt Kamaruddin - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa majlis yang berlangsung pada 1 Jun 2018 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. PIPDA mengiktiraf inovasi dan pencapaian luar biasa dalam industri hartanah. Anugerah ini juga memperakui dan menyoroti perkembangan kualiti projek terbaik Malaysia serta membentuk landskap pembangunan negara.
Anugerah Pemaju Berprestij Property Insight 2018 - Anugerah Kecemerlangan Industri
Anugerah Kecemerlangan Industri ini telah disampaikan kepada Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, YBhg Datuk Seri FD Iskandar sebagai pengiktirafan ke atas sumbangan besar beliau terhadap industri hartanah selama ini dan juga pada ketika beliau bergelar Presiden REHDA Malaysia. Anugerah disampaikan oleh YB Zuraida Bt Kamaruddin - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada majlis yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada 1 Jun 2018.
Pilihan Editor The EdgeProp.my – Pemimpin Contoh Industri Hartanah Malaysia 2018
Tahniah diucapkan kepada Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif kami, YBhg Datuk Seri FD Iskandar (ketiga dari kanan) yang telah diberi penghargaan oleh The EdgeProp.my, Pilihan Editor dalam anugerah Pemimpin Contoh Industri Hartanah Malaysia 2018. Beliau telah menerima anugerah sebagai pentauliahan atas kemampuannya sebagai presiden REHDA Malaysia.
Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2017 (APEA 2017)

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Datuk Seri FD Iskandar telah diberi pengiktirafan berprestij melalui Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik 2017 (APEA). APEA adalah anugerah bertaraf dunia yang mengiktiraf dan menghargai pemimpin perniagaan yang telah menunjukkan keusahawanan yang cemerlang, merangkumi kualiti seperti prestasi luar biasa, ketekunan dan ketabahan dalam mengembangkan perniagaan yang berjaya di Asia Pasifik.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada 25 Ogos 2017 semasa majlis yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.th August 2017 and took place at the Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Anugerah Usahawan Hartanah Cemerlang The Edge Malaysia (TEPEA)

Anugerah Usahawan Hartanah Cemerlang The Edge Malaysia telah disampaikan kepada pengasas Glomac Bhd, Ybhg Tan Sri FD Mansor dan YBhg Datuk Richard Fong, sebagai suatu kepada kapten industri yang telah memberikan sumbangan penting dan luar biasa dalam mengembangkan syarikat mereka menjadi antara pemaju hartanah yang dinamik.

Majlis Gala TEPEA telah diadakan di Hilton Kuala Lumpur pada 1 November 2016, dan dihadiri lebih daripada 450 pemaju dan pakar hartanah.

Anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka
Setinggi-tinggi Tahniah kepada Glomac Berhad! Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif, YBhg Dato‘ FD Iskandar telah dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran "Datuk Wira" pada perayaan ulangtahun kelahiran Yang Di Pertuan Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil bin Yaakob yang ke-77 pada 15 November 2015. Penghormatan ini mencerminkan kewibawaan Datuk Seri FD dalam pembangunan negara, iaitu satu keistimewaan yang dikhaskan untuk orang-orang terhormat.
Anugerah Kepimpinan Global 2015 (Pembangunan Hartanah Komersial)
Glomac Berhad adalah salah satu pemenang di majlis Anugerah Kepimpinan Global (2015) dan membawa pulang anugerah dalam kategori Pembangunan Harta Komersial yang diadakan pada 5 Mac 2015 di Shangri La Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Anugerah Kepimpinan Global 2015 adalah program anugerah yang direka untuk mempromosikan kecemerlangan, inovasi dan amalan terbaik dalam entiti perniagaan dan kepemimpinan mereka, dan secara meluas dianggap sebagai lambang perniagaan dan keperibadian yang cemerlang di Malaysia

Anugerah Kepimpinan Ikon The Brand Laureate 2014

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, YBhg Datuk Seri FD Iskandar telah menerima Anugerah Kepimpinan Ikon Transformasi Korporat The Brand Laureate 2014 yang berprestij oleh Dr KK Johan, Presiden The Brand Laureate diatas kerjaya beliau yang cemerlang sebagai usahawan perniagaan terkemuka dan pemimpin korporat Malaysia.

Anugerah tahunan yang diadakan pada 6 November 2014 di Hotel J.W. Marriot Kuala Lumpur memberikan pengiktirafan kepada pemimpin berinspirasi yang mendedikasikan kehidupan dan profesion mereka untuk negara. Anugerah ini telah diperkenalkan oleh Majlis Jenama Asia Pasifik bagi menghormati ikon negara. Individu yang menerima anugerah adalah mereka yang menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi dengan pemikiran inovatif mereka.

Anugerah Kepimpinan Global 2014 (Pembangunan Hartanah Komersial)

 

Glomac Berhad adalah antara satu pemenang Anugerah Kepimpinan Global (2014) dan telah membawa pulang anugerah dalam kategori Pembangunan Hartanah Komersial yang diadakan pada 25 April 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Malaysia.

Anugerah ini adalah suatu program pengiktirafan yang direka untuk mempromosikan kecemerlangan, inovasi dan amalan terbaik dalam entiti perniagaan dan kepemimpinan mereka, dan secara meluas dianggap sebagai lambang perniagaan dan keperibadian yang cemerlang di Malaysia.

Anugerah Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah

 

Setinggi-tinggi Tahniah kepada Glomac Berhad. Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif, Dato‘ FD Iskandar telah dikurniakan Darjah Kebesaran Seri Mahkota Wilayah (DKSM) yang membawa gelaran "Datuk Seri" oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, sempena dengan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2014, semasa majlis yang diadakan di Istana Negara, Jalan Duta

Anugerah Perniagaan Malaysia 2013 (MBA) - Anugerah Kecemerlangan Industri MBA Sektor Hartanah

 

Kami berbesar hati mengumumkan Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif kami, YBhg Datuk Seri FD Iskandar, sebagai penerima "Anugerah Kecemerlangan Industri MBA - Sektor Hartanah" selama dua tahun berturut-turut di majlis makan malam Anugerah Perniagaan Malaysia (MBA) 2013 pada 8 November bertempat di Hotel Renaissance Kuala Lumpur anjuran Majlis Penasihat Perniagaan Asean Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (KLMCC).

Anugerah ini disampaikan oleh YB Dato’ Seri Mustapa Mohamed itu adalah sebagai penghargaan ke atas sumbangan beliau dalam memajukan komuniti perniagaan Malaysia secara keseluruhan, demonstrasi pengurusan perniagaan yang luar biasa serta kejayaan berterusan Glomac Berhad. Anugerah MBA mengiktiraf kecemerlangan, inovasi dan amalan terbaik dalam entiti perniagaan dan secara meluas dianggap pencapaian utama sesebuah perniagaan dan keperibadian yang cemerlang di Malaysia.

Anugerah Kepimpinan Ikon Jenama 2013 – The Brand Laureate

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Glomac Berhad, YBhg Tan Sri Dato’ FD Mansor telah dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Perdana Ikon Jenama 2013 yang berprestij ke atas kerjaya beliau yang terkenal sebagai salah seorang usahawan perniagaan dan pemimpin korporat terkemuka di Malaysia.

Anugerah tahunan yang diadakan pada 9 Oktober di Hotel Majestic telah memberikan pengiktirafan kepada pemimpin berinspirasi yang mendedikasikan kehidupan dan profesion mereka untuk negara. Anugerah ini telah diperkenalkan oleh Majlis Jenama Asia Pasifik bagi menghormati ikon negara. Individu yang menerima anugerah adalah mereka yang menyumbang kepada pembangunan negara dan ekonomi dengan pemikiran inovatif mereka.

Anugerah itu telah disampaikan oleh Ketua Menteri Melaka, YB Datuk Wira Idris Haron, Presiden Institut Pengurusan Malaysia Tun Mohammad Hanif Omar dan Presiden Brand Laureate, Dr KK Johan. 

Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA)

Glomac Berhad telah memenangi anugerah Syarikat Terbaik dalam perhubungan pelabur (IR) dalam kategori modal kecil semasa majlis Anugerah Persatuan Perhubungan Pelabur Malaysia (MIRA) 2013.

Majlis tengah hari telah diadakan pada 3 Julai di Hotel Istana, Kuala Lumpur dan dihadiri Timbalan Ketua Suruhanjaya Sekuriti, Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood, Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan ketua pegawai eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Tajuddin Atan

Bagi menggalakkan prestasi Perhubungan Pelabur (IR) di kalangan syarikat tersenarai dan professional IR di Malaysia, MIRA telah menetapkan tinjauan profesional yang komprehensif bagi semua syarikat yang relevan yang melabur dalam atau meliputi ekuiti Malaysia. Fokus ditumpukan kepada penilaian dan penilaian aktiviti berkaitan IR yang dilakukan oleh syarikat Malaysia dan individu korporat/profesional pada tahun 2012. Lebih 800 profesional pelaburan telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam tinjauan ini.

Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik (APEA)

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, YBhg Datuk Seri FD Iskandar bin Tan Sri Dato‘ FD Mansor telah menerima penghormatan apabila menerima Anugerah Keusahawanan Luar Biasa oleh Enterprise Asia, sebuah organisasi bukan kerajaan yang terkemuka disegi keusahawanan.  

Anugerah ini diadakan setiap tahun di 12 negara di seluruh Asia, dan merupakan anugerah terbesar dan paling ketat seumpamanya di rantau ini. Setiap penama menjalani penyelidikan kuantitatif yang luas dan pemarkahan skor, audit laman yang wajib, dan harus menunjukkan penerapan praktik yang bertanggungjawab dan dasar yang berpusat pada orang, sebelum disenarai pendek untuk dinilai oleh panel hakim tempatan dan antarabangsa.

YBhg Datuk Seri FD Iskandar sangat percaya bahawa "hartanah adalah salah satu pelaburan terbesar yang dilakukan seseorang sepanjang hayatnya, jadi kita mesti menyampaikan produk kita dengan nilai dan kualiti yang tinggi".

Anugerah Perniagaan Malaysia (MBA)
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Berhad, YBhg Datuk Seri FD Iskandar bin Tan Sri Dato‘ FD Mansor menerima "Anugerah Kecemerlangan Industri MBA untuk Sektor Harta" anjuran Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (KLMCC) di tas sumbangan tidak ternilai beliau.
Anugerah ini diberikan sebagai penghargaan atas prestasinya yang luar biasa dalam menerajui Glomac ke arah pencapaian cemerlang dalam industri untuk tahun tersebut. Anugerah MBA dianugerahkan oleh panel hakim terhormat yang terdiri daripada pegawai perniagaan dan akademik terkemuka dan terkenal dengan rekod prestasi yang mantap dalam komuniti perniagaan Malaysia. Mantan Perdana Menteri dan juga Grand Fellow KLMCC, YBhg Tun Mahathir Mohamad telah menyampiakan anugerah semasa Majlis Makan Malam Gala di Grand Ballroom of the Renaissance Hotel Kuala Lumpur pada 30 November 2012.
PENGGERAK TERBAIK EKONOMI ISLAM - “ANUGERAH PERMATA DUNIA MUSLIM
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kepada Pengerusi Eksekutif Kumpulan kami, YBhg Tan Sri Dato‘ FD Mansor dengan penganugerahan Änugerah Permata Dunia Islam bagi industri hartanah oleh majalah perniagaan dan pelaburan, OIC TODAY. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Tan Sri Nor Mohamed Yaakob (EPU) telah menyampaikan anugerah itu sempena Majlis Makan Malam Gala Dinar Muslim & Muslim World BIZ 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 8 Jun.
ANUGERAH HARTANAH KOMERSIAL ASIA PASIFIK
Kolaborasi diantara Anugerah Hartanah Komersial Asia Pasifik dan Televisyen Bloomberg telah menghasilkan suatu majlis pengiktirafan dimana Glomac telah dinobatkan dengan anugerah Pembangunan Kedai (Retail) Terbaik Malaysia.

ANUGERAH USAHAWAN DPMM

 

Group Executive Chairman was awarded the Anugerah Usahasama Tulen by The Malay Chamber of Commerce.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan YBhg Tan Sri Dato’ FD Mansor telah dianugerahkan Anugerah Usahasama Tulen oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, suatu penghormatan yang disampaikan oleh Perdana Menetri Malaysia YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sempena majlis makan malam tahunan DPMM yang dianjurkan di Hotel Palace of the Golden Horses pada 29 Jun.

TAN SRI DATO’ FD MANSOR

Pengerusi Eksekutif Kumpulan dianugerahkan Darjah Kebesaran PANGLIMA SETIA MAHKOTA

Bersempena dengan majlis ulang tahun kebawah Duli Yang Maha Mulia, Yang Di-Pertuan Agong XIII, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 2 Jun 2007, Pengerusi Eksekutif Kumpulan kami dianugerahkan darjah kebesaran PANGLIMA SETIA MAHKOTA (PSM) yang membawa gelaran "TAN SRI ". Tahniah kepada Tan Sri Dato 'FD Mansor.

GLOMAC REGAL SDN BHD MENANG ANUGERAH BLUEPRINT

Anugerah RAM Cemerlang 2006 – Kerjasama Penanda Aras Hartanah Baru

Glomac Regal Sdn. Bhd. telah menerima Anugerah RAM Cemerlang 2006 bagi kategori kerjasama Penanda Aras Hartanah Baru sebagai pengiktirafan perjanjian bon pemecah tanah mereka yang berjaya memperoleh RM175 juta Kemudahan Penerbitan Nota Jaminan Murabahah dan Kemudahan Penerbitan Nota Jangka Menengah Murabahah (MUNIF / MMTN) untuk projek kondominium mewahnya , Suria Stonor di Kuala Lumpur.

AMAN SURIA DAMANSARA MENANG ANUGERAH REKA BENTUK LANDSKAP

Anugerah Rekaan ILAM 2007 - Kategori Perancangan Landskap Bandar

Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) telah mengiktiraf pembangunan Perumahan Berpagar (Gated Residences) Aman Suria Damansara milik Glomac dengan Anugerah Reka Bentuk Landskap. Glomac bersyukur kerana usaha kami, bersama dengan rakan landskap kami, dalam meningkatkan persekitaran bagi warga Aman Suria Damansara kami mendapat pengiktirafan.

TAN SRI DATO‘ FD MANSOR DINOBAT CALON HARTANAH TAHUNAN 2005 OLEH FIBACI MALAYSIA
Anugerah berprestij ini adalah pengiktirafan kejayaan rekod Glomac. Glomac berasa dihormat serta bangga dengan pengiktirafan ini. Ianya merupakan dorongan yang luar biasa bagi kami untuk berusaha untuk terus menegakkan standard kualiti kami.
SRI SAUJANA, JOHOR
HADIAH KE-3 - KATEGORI TAMAN KEJIRANAN PERTANDINGAN LANDSKAP PERINGKAT NEGERI JOHOR 2004
Sri Saujana telah memenangi hadiah ke-3 untuk kategori Kehijauan Landskap Kejiranan dalam suatu pertandingan tahunan di Johor. Ini adalah pengiktirafan terhadap usaha Glomac untuk membangunkan persekitaran yang sihat dan kondusif bagi penghuninya.
TAN SRI DATO‘ FD MANSOR DINOBAT CALON HARTANAH TAHUNAN 2005 OLEH FIBACI MALAYSIA

Anugerah Usahawan Cemerlang 1995

Sebagai menghargai sumbangan Pengerusi Eksekutif Kumpulan kami yang tidak ternilai dalam pembangunan negara dan keunggulan keusahawanannya, Tan Sri Dato' FD Mansor telah diberi 'Anugerah Usahawan Cemerlang 1995' oleh Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Selangor (Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Cawangan Selangor).

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Polisi Privasi

Register Your Interest