Our Development

Register Now!
Call Us!
Register Now!
Call Us!

Glomac catat keuntungan sebelum cukai RM33.4 juta

KUALA LUMPUR: Glomac Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM33.4 juta pada tahun kewangan berakhir pada 30 April 2025, meningkat daripada RM32.9 juta sebelumnya.

Prestasi ini disumbangkan oleh margin yang lebih kukuh daripada pembangunan bernilai tinggi, keuntungan daripada pelupusan harta pelaburan, dan kos pembiayaan yang lebih rendah.

Sepanjang tahun dikaji, Glomac mencatatkan pendapatan sebanyak RM238.3 juta, disumbangkan oleh aktiviti

pembinaan berterusan, termasuk projek-projek pembangunan di Saujana Perdana, Lakeside Residences dan Plaza@Kelana Jaya.

Glomac dalam satu kenyataan berkata, ia berjaya melengkapkan dan menyerahkan beberapa projek termasuk 121 Residences, sebuah pembangunan residensi bertingkat tinggi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM334 juta.

Hal ini, katanya mencerminkan iltizam berterusan kumpulan dalam memastikan pelaksanaan projek disiapkan mengikut jadual sambil menepati standard kualiti yang ditetapkan.

“Kedudukan kewangan Glomac terus menunjukkan perkembangan yang mampan dengan penggearan bersih menghampiri sifar dan dana pemegang saham sejumlah RM1.2 bilion setakat 30 April 2025, selain wang tunai dan baki bank berjumlah RM235.7 juta, menyediakan tahap kecairan yang kukuh bagi menyokong pembangunan berterusan dan strategi peluasan tanah kumpulan,” katanya.

Sementara itu, pada suku keempat tahun kewangan 2024, Glomac melancarkan fasa baharu melalui pembangunan

komuniti bersepadu yang rancak dan berkembang maju.

Pelancaran utama termasuk rumah berkembar di KEYS, Lakeside Residences; rumah teres dua tingkat di ALLAMANDA, Saujana KLIA dan juga di ALAMANDA, Saujana Jaya, Kulai.

Pelancaran ini mendapat maklum balas pasaran yang baik, mencatat kadar pengambilan unit yang menggalakkan sejak pelancaran.

Kesemua 112 unit rumah teres dua tingkat di Bandar Saujana Utama, dilancarkan pada suku pertama tahun kewangan 2025, telah terjual sepenuhnya pada suku keempat tahun kewangan sama.

Glomac merekodkan jualan sebanyak RM332 juta sepanjang tahun kewangan, mengekalkan momentum jualan yang kukuh, didorong oleh penawaran produk kediaman yang disasarkan dengan tepat, responsif terhadap kehendak pasaran, serta seiring dengan keutamaan pembeli masa kini.

Menurut Glomac, menjelang tahun kewangan 2026, ia terus mengekalkan momentum pelancarannya dan akan terus mengamalkan pendekatan yang berdisiplin serta sejajar dengan keperluan pasaran dalam memperkenalkan produk baharu.

Katanya, Glomac sedang merancang pelancaran baharu dengan GDV dianggarkan sebanyak RM324 juta, merangkumi

sepenuhnya hartanah residensi teres.

“Agenda utama pelancaran meliputi dua fasa baharu teres dua tingkat di Serai@SBCR dan sebuah fasa baharu rumah berkembar di KEYS, Lakeside Residences,” katanya.

Disokong oleh kedudukan kewangan yang kukuh, Glomac bersedia untuk memacu aktiviti pembangunan di masa hadapan, mengekalkan kedudukan tunai yang kukuh dan penggearan tidak ketara.

Glomac mencadangkan pembayaran dividen sebanyak 1.25 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan 2025, tertakluk kepada pemuktamadan pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang akan diadakan.

Source: Berita Harian

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Privacy Policy

Register Your Interest