Our Development

Register Now!
Call Us!
Register Now!
Call Us!

Glomac lancar projek baharu bernilai RM324j tahun depan

KUALA LUMPUR – Glomac Berhad (Glomac) merancang untuk melancarkan projek baharu bernilai kira-kira RM324 juta bagi tahun kewangan 2026 terutamanya pembangunan kediaman teres dalam bandar-bandar yang sedia ada.

Pelancaran ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat dan strategik bagi menyesuaikan dengan keadaan pasaran semasa dan mengoptimumkan kadar penggunaan.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Glomac, Datuk Seri FD Iskandar Mohamed Mansor berkata, projek tersebut adalah Serai@SBCR, Sungai Buloh, fasa baharu rumah teres dua tingkat dan KEYS, Lakeside Residences, kediaman berkembar dalam komuniti tepi tasik yang matang.

Menurutnya, syarikat ini sedang merangka semula strategi jualan dan pemasaran selaras dengan sentimen pembeli yang berkembang dan mengikut keadaan pasaran semasa.

“Fokus kekal dalam memberikan produk yang memenuhi permintaan pasaran semasa iaitu rumah yang praktikal dan harga yang berpatutan di lokasi yang strategik.

“Glomac mempunyai kira-kira 600 ekar tanah simpanan terutamanya di Lembah Klang dan Johor, dengan nilai pembangunan kasar (GDV) berpotensi dianggarkan sebanyak RM6 bilion,” katanya pada sidang media hari ini.

Bagi tahun kewangan 2025, Glomac mencatatkan hasil sebanyak RM238.3 juta dan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM35.0 juta, peningkatan daripada RM32.9 juta pada TK2024.

Prestasi yang stabil ini disokong oleh kemajuan berterusan di pembangunan perbandaran utama kumpulan seperti di Saujana Perdana dan Lakeside Residences, di samping sumbangan kukuh daripada projek kediaman bertingkat tinggi 121 Residences dan Plaza@Kelana Jaya.

Glomac juga berjaya mencapai beberapa penyiapan projek utama, termasuk 121 Residences dengan GDV RM334 juta.

Menurutnya, Glomac terus kekal sebagai salah satu pemaju yang mempunyai kedudukan kewangan paling konservatif, dengan sifar penggearan bersih, ekuiti pemegang saham RM 1.2 bilion, dan nilai aset bersih sesaham RM1.57.

Sehingga akhir April 2025, Glomac memegang RM240.5 juta dalam bentuk tunai, deposit dan penempatan jangka pendek, menyediakan kecairan yang mencukupi untuk pengembangan.

Source: MalaysiaGazette

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Privacy Policy

Register Your Interest