Our Development

Register Now!
Call Us!
Register Now!
Call Us!

Glomac raih pendapatan RM104.6 juta 27 November 2020

Glomac melancarkan rumah teres dua tingkat Mawar Sari di Saujana Perdana pada 14 November lalu yang merangkumi 120 unit dengan ruang binaan 1,815 kaki persegi untuk memenuhi permintaan semasa.

GLOMAC Berhad (Glomac) mengumumkan pendapatan belum diaudit bagi suku kedua tahun kewangan semasa yang berakhir 30 April 2021 melonjak 70 peratus kepada RM104.6 juta.

Glomac dalam satu kenyataan semalam memaklumkan, ia peningkatan keuntungan sebelum cukai sebanyak 56 peratus kepada RM14.3 juta pada suku tahun yang dilaporkan.

Prestasi lebih kukuh dicatatkan selepas penyambungan aktiviti pembinaan pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lanjutan daripada itu, peningkatan bil peringkat penyiapan dari projek Glomac yang sedang dilaksanakan seperti Saujana Perdana di Bandar Saujana Utama, Plaza@Kelana Jaya, Saujana Rawang dan 121 Residences.

“Keuntungan sebelum cukai bagi tempoh enam bulan meningkat sebanyak 41 peratus kepada RM19.6 juta berasaskan peningkatan hasil pendapatan kumpulan sebanyak 34 peratus yang mencecah RM151.5 juta.

“Lembaran imbangan Glomac tetap kukuh dengan tahap aset cair yang secukupnya untuk membiayai aktiviti pembangunan,” menurut kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, sehingga 31 Oktober 2020, kadar hutang bersih kekal pada paras rendah 0.28x, manakala wang tunai dan deposit tunai berjumlah RM246.3 juta juga meningkat dari RM176.5 juta yang dilaporkan pada 30 April 2020.

Katanya, aset bersih sesaham Kumpulan juga naik kepada RM1.44 dan Glomac mencatatkan jualan kukuh pada suku tahun dengan pelancaran fasa baharu rumah teres dua tingkat di Saujana Perdana pada Julai lalu serta Tresna Triandra yang mendapat sambutan luar biasa dengan jualan 74 peratus dalam tempoh hanya tiga bulan.

“Jualan baharu dijangka bertambah pada separuh kedua tahun kewangan ini di mana Kumpulan merancangkan sebahagian besar daripada pelancaran projek-projek bernilai RM403 juta.

“Ini adalah tumpuan Kumpulan kepada fasa kediaman bertanah mampu milik di perbandaran dimajukan Glomac yang sedang pesat berkembang.

“Sebahagian besar daripada fasa pembinaan yang sedang dijalankan bagi produk kediaman bertanah Glomac sudah hampir dijual sepenuhnya,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, Glomac melancarkan rumah teres dua tingkat Mawar Sari di Saujana Perdana pada 14 November lalu yang merangkumi 120 unit dengan ruang binaan 1,815 kaki persegi untuk memenuhi permintaan semasa.

Katanya, pasaran hartanah dijangka terus mencabar terutama semasa Perintah Kawalan Pergerakan berperingkat dilaksanakan di negara ini.

Kata kenyataan itu, bagi menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, Glomac memulakan kempen pemasaran digital agresif untuk menyokong strategi jualan konvensional dan meningkatkan jualan secara berkesan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112137/BISNES/Glomac-raih-pendapatan-RM1046-juta


© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Source : https://www.sinarharian.com.my/article/112137/BISNES/Glomac-raih-pendapatan-RM1046-juta

©️ 2024 Glomac Berhad [Registration No. 198301015139 (110532-M)] All Rights Reserved. PDPA & Privacy Policy

Register Your Interest